Dia seorang yang sangat baik dan suka menasihati orang..Tapi dia seorang yang sangat tegas dalam apa jua benda tapi tegas dia bertempat,bagi aku dia tetap garang..Dia banyak membantu aku dalam apa jua keadaan,apa yang termampu dia akan cuba membantu aku..dan dia tidak pernah berkira dengan aku sikit pun..Dia juga banyak membantu aku sehingga aku jadi orang..maksud aku bukan lah keluarga aku tidak dapat membentuk aku dengan bagus..tapi kebiasannya yang kita selalu dengar setiap manusia akan berubah sekirannya ada sesorang yang muncul dari hidupnya tidak kira dari segi hubungan persahabatan atau apa-apa sekalipun yang hubungan kita jalinkan..Dan dia orang yang kedua cuba mengubah aku supaya jadi orang,Aku kenal dia dari umur aku 15tahun...pertama kali kenal dalam handfone,nak jadi cerita lah kan pukul 3 pagi kalau tak silap dia hantar mesej dekat nombor aku..dan pagi tu jugak dalam pukul 6 aku terjaga untuk mandi,dan aku dapat mesej dari dia..rupannya salah hantar mesej..mesti dah biasa dengar taktik nie..dulu aku tak percaya dengan dia,tapi bila dah lama kawan hati nie terbuka untuk menerima dia sebagai seorang kawan..kalau nak diikutkan dulu dia dah tak nak kawan dengan aku,sebab aku nie kuat melawan dia..suka nak naik angin tak tentu pasal..maklum lah masa tu aku masih budak lagi..umur pun baru 15tahun..dulu dia agak fedap dengan sikap aku dan dia pernah meninggalkan aku buat seketika waktu..pada ketika itu aku tak ada rasa apa-apa perasaan lagi,sebab waktu dia muncul dalam hidup aku,aku telah dikecewakan oleh seorang yang bernama lelaki..bagi aku masa dia meninggalkan aku sangat lama..setahun jugak dia menghilangkan diri...lepas tu hati aku cuba untuk berkawan semula dengan dia,dan aku cuba mencari dia semula...pada mulanya aku tak nak sebab dia pun garang..mungkin dia jadi garang dengan sikap aku kot..mungkin lah..tapi pada awalnya...bak kata orang bila benda yang ada depan mata kita tidak hargai dan dia akan pergi begitu sahaja..bila dia dah lama menghilangkan diri,aku masih mencari lagi...aku cuba berhubung dalam foen..tapi sayangnya tiada jawapan yang dibalas..hati aku sayup..dan beberapa bulan kemudian baru dia balas mesej aku dan dia cuba untuk berkawan..rindu sangat saat tu...dan kini aku cuba memahami dia dan dia cuba memahami aku...hmmm...apa-apa pun kami masih berkawan sehingga hari ini..
No comments:
Post a Comment