KHASIAT PUCUK BETIK



 - CARA PERTAMA -

Pucuk betik boleh menstabilkan tekanan darah di dalam badan anda. Wanita yang hamil tidak digalakkan meminum air ini. Selalunya pucuk betik akan diambil daripada pokok betik yang tidak mudah berbuah. 

Cara penyediaannya adalah seperti berikut:-

1. Bersih pucuk betik/daun
2. Keratkan sepanjang 1 sentimeter
3. Masukkan 1.5 liter air ke dalam kuali bersama pucuk, dan rebuskan selama 30 minit.
4. Seterusnya air boleh diasingkan daripada pucuk betik dan sedia untuk diminum dalam keadaan panas atau suam.

B. Pucuk betik yang telah diasingkan, rebus sekali lagi dengan air limau kasturi 
(air limau + kulit limau) selama 5 minit untuk menghilangkan rasa pahitnya.



- CARA KEDUA -

Daun betik terutama pucuknya banyak digunakan untuk tujuan perubatan. Ianya juga enak dijadikan ulam.
Disebabkan rasanya yg agak pahit, maka ianya kurang digemari.
Untuk mengurangkan rasa pahit daun betik, masukkan 3-4 helai daun senduduk ke dalam air rebusan. Biarkan seketika, barulah dikeluarkan daun senduduk itu

No comments:

Post a Comment