WAKTU; Wang tidak akan boleh mengembalikan waktu yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka waktu 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Kerana itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.
KEBAHAGIAAN; Memang dengarnya pelik, Tetapi inilah kenyataannya. Wang memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh membeli kemewahan, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat modern. Tapi wang tidak boleh menghadirkan secercah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita.
KEBAHAGIAAN ANAK; Untuk membelikan makan dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan banyak wang. Tapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberi rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini merupakan buah dari waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan hal-hal baik yang anda ajarkan. Wang memang membantu kita memenuhi berbagai aspek, tapi waktu telah membuktikan bahawa kebutuhan dasar tiap anak adalah berapa banyak waktu yang diberikan orang tuanya, bukan orangnya.
CINTA; Cinta tidak bisa dibeli dengan wang. Memang dengan wang kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagai pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang menikah kerana wang, tak bertahan lama.
PENERIMAAN; Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan, Anda tak perlu wang. Bila Anda ingin diterima, fokuskan energy Anda untuk membuat diri Anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.
KESiHATAN; Kita perlukan wang untuk membayar rawatan dan membeli ubat, tapi wang tak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati sebaiknya kita terapkan. Mulai dari sekarang berolahraga, berhenti merokok, dan banyak hal lain yang pasti sudah Anda tahu.
SUKSES; Beberapa orang memang ada yang mencapai kesuksesan dengan menyuap, tapi ini adalah pengecualian. Kesuksesan hanya berasal dari kerja keras, kemauan, dan sedikit kemujuran. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang bisa didapatkan dengan uang, misalnya mengikuti pelatihan atau membeli peralatan, tapi sukses lebih banyak berasal dari usaha yang Anda lakukan sendiri.
BAKAT; Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan wang, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para ahli mengatakan, untuk menjadi ahli di bidangnya, kita membutuhkan bakat.
SIKAP YANG BAIK; Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar dan ucapannya sinis. Tak sedikit orang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah wang yang dimiliki bukan penentu sikap atau manner seseorang.
KEDAMAIAN; Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Justeru yang sering terjadi sebaliknya, wang lah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.
Assalamualaikum. Saya ayie, bachelor graphic student. nak tahu subjek apa yang interior archi belajar. boleh tolong senaraikan tak? email saya ye :) shahzayie@gmail.com
ReplyDeletesya dh emailkan dah..Maaf atas kelewatan tindak balas email...
ReplyDelete