Menurut manhaj jahili, suku yang di dalamnya terdapat ramai orang yang dapat membaca, maka suku itu akan dianggap sebagai suku yang terpelajar. Orang-orang yang menempuh manhaj jahili ini berpendapat bahawa membaca adalah untuk membaca dan seni adalah untuk seni.
Mereka menjadikan membaca satu tujuan, bukan sarana. Maka dari itu, mereka membaca apa yang menyenangkan dan mengghairahkan tanpa ada seleksi dan pemilihan. Sedangkan orang Islam menganggap bahawa membaca adalah sarana untuk merealisasikan tujuan, iaitu keredhaan Allah.
Dia membaca bukan supaya dapat menjauhi orang-orang bodoh, dekat dengan ulama dan menjadi pusat perhatian manusia, kerana siapa yang membaca untuk tujuan seperti ini, akan dimasukkan Allah ke dalam api neraka Jahannam.
Membaca juga tidak boleh bertujuan untuk mencari-cari kelemahan, kerana hal seperti itu tidak termasuk dalam keikhlasan. Jangan membaca sesuatu yang tidak bermanfaat bagi agama dan duniamu, kerana waktumu lebih berharga dari itu.
Di antara penyakit yang melanda kita hari ini adalah mengambil sesuatu tanpa seleksi dan membaca cara dan jalan fikir orang lain tanpa kritik dan pembezaan. Hal semacam ini dalam masyarakat Islam telah menyebabkan masuknya serangan musuh-musuh Islam ke dalam pemikiran mereka, sehingga mereka tidak lagi dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
No comments:
Post a Comment