Ramai yang inginkan kulit kelihatan licin, nampak cantik dan menarik pada pandangan orang sekeliling. Namun, ramai juga yang inginkan kulit cantik dan licin tanpa menbelanjakan kos yang mahal.
Petua melicinkan kulit terutamanya muka ini, umumnya diketahui ramai terutama di kalangan orang-orang tua dahulu. Mereka lebih rajin menggunakan petua nenek moyang dahulu yang mana tidak akan mendatangkan kemudaratan.
Petuanya adalah dengan menggunakan buah TOMATO. Selain ia selamat dan asli, ia juga mudah didapati. Cara-cara menggunakannya ialah :
- Gunakan sebiji tomato yang telah masak.
- Cuci buah tersebut sebersihnya.
- Kemudian, potong kepada dua bahagian.
- Gunakan satu bahagian sahaja, lenyek atau sapukan ke seluruh bahagian muka.
- Biarkan ia kering dalam beberapa minit.
- Bilaskan muka dengan air bersih atau seeloknya dengan air suam.
- Akhir sekali, keringkan muka dengan tuala muka yang bersih.
- Satu bahagian yang lebih tadi, boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus minuman.
- Amalkan petua ini selalu, sehari sekali sehingga menampakkan hasil.
Insyaallah, kulit anda akan terasa licin, berseri dan lembap.
No comments:
Post a Comment