Petua ini memang biasa kita dengar apabila di tanya kepada orang-orang tua dahulu. “macam mana hendak putihkan ketiak?”. Jawapanya sangat mudah, murah dan senang. Iaitu menggunakankapur makan atau kapur sireh dan juga limau nipis.
Ketiak yang hitam atau gelap biasanya disebabkan penggunakan pencukur bulu ketiak yang kerap dan masalah banyak berpeluh dan kurang mandi dengan sebaik-baiknya.
Cara-cara untuk mengembalikan keputihan ketiak seperti sediakala, ambil secubit (menggunakan 3 jari) kapur makan, kemudian campurkan dengan air perahan limau nipis, dan sapukan ke bahagian ketiak yang hitam tersebut. Seeloknya semasa mandi.
Dengan membasahkannya bahagian ketiak dahulu. Kemudian gosok ketiak, seeloknya gosokkan ketiak anda dengan kepala lutut. Dengan cara ini, ketiak anda akan cepat bersih dan saki baki daki akan tanggal dengan mudah. Anda akan merasa sedikit pedih/panas, namun tidak sampai memudaratkan kesihatan kulit anda.
Amalkan sekerap mungkin iaitu 2 kali seminggu semasa mandi. Sehingga ia putih seperti sediakala.
Kapur makan ini bukan sahaja akan memutihkan bahagian ketiak, namun ia juga mampu menghilangkan bau badan dan lebih mudah menanggalkan bulu ketiak iaitu dengan hanya menariknya dengan tangan. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment