SIFAT PENGUCAP YANG BERKESAN

PENGUCAP YANG BERKESAN :
Kemahiran dan keterampilan berucap di hadapan khalayak boleh dibina, maka beberapa sifat yang positif perlu ada pada seseorang pengucap untuk menjadikan ucapanya lebih berkesan. Antaranya:

1. BERPENGETAHUAN
  - Pengucap yang baik dan berkesan ucapanya seharusnya berpengetahuan luas dalam isi ucapannya,  terutama dalam hal-hal yang ada kaitan dengan idea utama yang diucapkannya. Beliau juga perlu peka kepada isu semasa yang mungkin boleh dijadikan contoh untuk menyokong hujah-hujahnya.

2. BERKEMAHIRAN
  - Pengucap yang berkesan seharusnya mampu mengawal dan menarik perhatian audiens kepada ucapanya. Kemahiran ini hanya boleh diperoleh melalui latihan dan pengalaman. Seseorang pengucap yang mahir akan dapat memilih pendekatan dan gaya penyampaian yang sesuai dengan audiensnya.

3. BERKEYAKINAN
  - Keberkesanan sesuatu ucapan bergantung juga pada keyakinan pengucap kepada dirinya sendiri  serta isi ucapanya. Keyakinan terhadap diri sendiri dan isi ucapan ini berkait rapat dengan berpengetahuan dan latihan atau persediaan. Biasannya orang yang berpengetahuaan luas dalam sesuatu isu itu akan   kelihatan lebih yakin membicarakan isu tersebut. Keyakinan bukanlah perkara yang boleh dibuat-buat. Audiens akan dapat menilai keyakinan pengucap dengan mudah menerusi buah bicara, mimik muka dan gerak geri pengucap semasa berucap.

3. BERKEPERIBADIAAN DAN BERPERAWAKAN BAIK
  - Faktor ini turut menghasilkan keberkesanan ucapan seseorang itu. Audiens bukan sahaja menilai ucapan, bahkan juga siapa yang berucap dan sifat peribadi pengucap tersebut. Penilaian ini termasuklah cara pengucap itu berpakaian, berjalan dan bergaul dalam majlis dan sebagainya. Daripada kesemua sifat pengucap yang baik dan tadi, kita dapat perhatikan bahawa tiada satu pun daripada sifat tersebut lahir bersamanya. Maksudnya, sifat itu bukanlah datang dari keturunan atau baka, sebaliknya memperolehi sifat yang baik itu melalui latihan yang sitematik dan istiqamah serta pengalamn berucap yang berterusan.



Rujukan dari: ABDUL MUA'TI @ ZAMRI AHMAD

No comments:

Post a Comment