PENGUCAPAN AWAM

TUJUAN UCAPAN :

1. Memberi maklumat
  - Pengucap bertujuaan untuk memberitahu atau menerangkan kepada pendengar tentang sesuatu konsep, perkara, proses, fenomena, idea atau sebagainya. Pendengar pula akan memperolehi pengetahuaan baru atau peningkatan taraf pengetahuaan.

2. Menghibur
  - Ucapan jenis ini biasanya dibuat untuk membuatkan pendengar gembira atau seronok. Selalunya ia dibuat majlis-majlis keraian seperti dalam majlis makan malam. Pengucap bukannya pelawak tetapi orang yang berpengaruh dalam sesebuah organisasi seperti ketua pegawai eksekutif dan sebagainya. Cuma dalam ucapan jenis ini pengucap kerap kali membawa audiens ke suatu situasi atau kenyataan yang meriangkan atau melucukan.

3. Memujuk
  - Melalui ucapan jenis ini pengucap merayu atau cuba mempengaruhi pendengar untuk membuat perubahan dari segi sikap, kepercayaan dan tindakan atau perlakuaan. Semua jenis kempen, sama ada kempen politik, sosial atau ekonomi tergolong dalam ucapan jenis ini.

4. Memenuhi keperluaan majlis
  - Ucapan jenis ini juga disebut ucapan khas atau ucapan majlis. Ucapan jenis ini disampaikan dalam majlis- majlis khas yang diadakan dengan tujuan tertentu. Ertinya ucapan ini tidak boleh disampaikan seandainya tiada majlis. Umpamanya, ucapan perasmiaan hanya boleh disampaikan apabila ada majlis perasmiaan. Contoh lain ucapan jenis ini ialah ucapan perpisahan, ucapan penganugerahan, ucapan mengalu-alukan tetamu, ucapan balas daripada ketua rombongan dan sebagainya.


CARA PENYAMPAIAN UCAPAN :
Selain perbezaan berdasarkan tujuan ia disampaikan, ucapan juga boleh dibezakan mengikut cara ia disampaikan. Melalui pengelasan berdasarkan cara penyampaian ini, terdapat empat jenis ucapan iaitu :

1. UCAPAN SPONTAN
  - Maksudnya tanpa sebarang persediaan khusus. Biasanya jika terpaksa menyampaikan ucapan secara spontan ini, pengucap hanya membicarakan perkara yang lalu., isu semasa dan harapan ata ramalan untuk masa hadapan. Isi ucapan kebanyakannya berdasarkan  dari pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada pada sesorang pengucap. Ucapan ini hanya perlu dalam keadaan terdesak dan sebaik-baiknya dieelakan kerana ia boleh menjatuhkan kewibawaan pengucap.

2. UCAPAN YANG DIHAFAL
  - Ucapan jenis ini disediakan dengan lengkap terlebih dahulu. Kemudiaan pengucap akan menghafal keseluruhan teks ucapan tadi, perkataan demi perkataan. Oleh itu ucapan jenis ini sukar dibuat, terutama oleh orang yang kurang baik daya ingatannya. Ia juga merupakan ucapan yang 'mati' dan sukar untuk diiubah suai sekirannya terdapat perubahan pada situasi atau reaksi audiens. Justeru, jika boleh ucapan ini      juga dielakkan.

3. UCAPAN YANG DIBACA
   - Merujuk ucapan yang dibuat melalui pembacaan teks atau manuskrip. Ia biasannya digunakan apabila terdapat fakta dan data yang amat penting dan setiap yang tercatat perlu dibaca kerana mempunyai erti yang tersendiri. Ucapan jeni ini juga agak kaku kerana pandangan mata pengucap lebih banyak terpaku       pada teks daripada memandang audiens. Ucapan ini juga sukar diubahsuai dengan situasi kerana pengucap akan hanya membaca perkara yang tercatat dalam teks.

4. UCAPAN EXTEMPORANEOUS
  - Ucapan ini juga dibuat setelah pengucap membuat cukup persediaan. Ucapan ini merupakan gabungan ketiga-tiga jenis ucapan yang telah dibincangkan tadi. Ucapan jenis ini lebih baik kerana tidak kaku dan mudah diubah suai mengikut perubahan situasi. Pengucap juga akan kelihatan lebih sensitif kepada keadaan sekitar dan boleh mewujudkan perhubungan dengan audiensnya. Hal ini boleh meningkatkan keberkesanan mesej yang disampaikan.



Rujukan dari: ABDUL MUA'TI @ ZAMRI AHMAD

No comments:

Post a Comment